EP TOPIK 1: KEPENTINGAN KESELAMATAN SERTA TIPS DAN AMALAN DI BENGKEL KIMPALAN
KPLV2092
EP TOPIK 1
KEPENTINGAN KESELAMATAN SERTA TIPS DAN AMALAN DI BENGKEL KIMPALAN
Keselamatan di bengkel teknologi kimpalan perlu dititikberatkan untuk melindungi pelajar dan pensyarah dari berlakunya sebarang bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa. Berikut merupakan kepentingan keselamatan serta tips dan amalan bagi mengelakkan kecederaan.
1. KEPENTINGAN KESELAMATAN
1.1 Melindungi kesihatan dan kesejahteraan pelajar:
Melindungi keselamatan pelajar amat penting untuk mengelakkan kecederaan kerana mereka banyak terdedah dengan cahaya yang kuat, asap kimpalan serta bahan kimia.
1.2 Meningkatkan produktiviti pelajar:
Para pelajar dapat melaksanakan setiap tugasan dengan lebih efisien dan fokus sekiranya persekitaran kawasan kerja lebih selesa dan selamat.
1.3 Membentuk budaya keselematan
Kepentingan keselamatan amat penting untuk membangun kesedaran keselamatan para pelajar. Hal ini, dapat membentuk budaya keselamatan dikalangan pelajar supaya budaya ini dapat bawa ke tempat kerja selepas tamat belajar.
1.4 Mematuhi undang-undang
Mematuhi Akta Kilang dan Jentera 1967 adalah wajib dan melindungi institusi daripada tindakan undang-undang.
2.0 TIPS DAN AMALAN BAGI MENGELAKKAN KECEDERAAN
Antara tips yang boleh diamalkan dari berlakunya sebarang kecederaan yang buruk ialah:
2.1 Memanfaat penggunaan alat pelindungan diri.
Pensyarah perlu memastikan pelajar menggunakan pelindungan muka dan mata, sarung tangan dan apron kimpalan bagi melindungan mata dari cahaya yang kuat serta percikan api semasa proses mengimpal.
2.2 Penyelenggaraan alatan.
Penyelenggaraan perlu dilakukan berkala dan perlu dilakukan dengan baik bagi mengelakkan sebarang kerosakan. Selain itu, setiap bengkel kimpalan perlu mempunyai ventilasi yang baik bagi memastikan setiap ruang kerja mempunyai pengudaraan yang baik untuk mengeluarkan asap dan gas berbahaya.
2.3 Pelajar perlu menghadiri latihan keselamatan berkala dan memahami prosedur kecemasan yang telah ditetapkan dibengkel kimpalan.
Pelajar juga perlu mengawal diri dan mengelakkan perilaku bahaya bagi mengelakkan seberang kecederaan diri dan orang lain. Pensyarah pula, perlu memberi pengawasan yang mencukupi ketika pelajar melakukan aktiviti kimpalan. Akhir sekali, pelajar perlu peka dengan sebarang abnormal serta melaporkan setiap insiden dengan segara kepada pengajar.
KESIMPULAN
Kesedaran dan pengamalan keselamatan yang betul penting
untuk diterapkan kepada para pelajar bagi mengelakkan kemalangan
dan memastikan persekitaran kerja yang selamat.
Sumber Rujukan:
Ismail H., (2020), http://202.75.5.148/index.php/ms/competent-person-form/occupational-health/arkib/perundangan-2/565-03-akta-kilang-dan-jentera-1967-disemak-1974-akta-139.
https://dvcdev.utm.my/oshe/peraturan-di-bawah-akta-kilang-dan-jentera-1967-akta-1939-2/
Comments
Post a Comment